Kementerian Kesihatan siasat kedai makan guna bahan terlarang

[ad_1]

IPOH, 24 Feb (Bernama) — Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan sama ada terdapat bahan terlarang digunakan oleh sebuah restoran di Teluk Intan sehingga mengakibatkan pelanggan termasuk beberapa anggota polis mengalami gejala lemah, mengantuk dan khayal selepas menikmati hidangan di premis terbabit, Ahad lepas.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata sampel beberapa makanan sudah diambil dari restoran berkenaan dan pihaknya sedang menunggu keputusan sama ada terdapat bahan larangan yang digunakan oleh pemilik restoran tersebut.

“Kita masih belum dapat mengesahkan sama ada terdapat bahan larangan dalam makanan tersebut disebabkan keputusan sampel masih belum diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Jom Hapuskan Aedes anjuran Kelab Rotary Ipoh Selatan di Klinik Kesihatan Greentown di sini hari ini.
…..



[ad_2]