Program Kempen Derma Darah anjuran Exco Pergerakan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berjaya mengumpulkan sebanyak 56 pain darah, hari ini.
Pengerusi Penganjur Felimena Andreas berkata, program itu bertujuan membantu mengisi tabung darah hospital yang kini berhadapan kekurangan bekalan darah.
“Program yang bermula jam 8 pagi berjaya menarik lebih 100 pengunjung, namun hanya 56 orang layak menderma.

“Pada awalnya kita mensasarkan 100 pain darah namun daripada lebih 100 pengunjung yang hadir hanya 71 yang mendaftar dan 56 orang layak menderma,” katanya ketika ditemui selepas program itu yang diadakan di Buhavan Square Donggongon, Penampang.
Felimena berkata, program itu juga juga bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menderma darah yang mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.
“Kita akan meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada orang ramai yang tidak berkesempatan menderma pada hari ini,” katanya.
Exco Pergerakan Wanita UPKO itu tururt merakamkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Presiden UPKO Senator Datuk Donald Mojuntin, Naib Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick, Presiden Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (PENDARAH) Alix Sunggin serta ahli UPKO yang lain atas sumbangan menjayakan kempen ini.

Program sehari itu dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Kesejahteraan Wanita dan Keluarga (PELITA), Persatuan Talasemia Sabah, Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (PENDARA), Nabalu News, Malaysian Red Cresent Penampang, Persatuan Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar (USHWANE) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.
Turut hadir menderma darah ialah Datuk Ewon Benedick.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ