[ad_1]
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun kemampuan kewangan kerajaan adalah terhad, namun kerajaan mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara industri.
“Syarikat yang menerima bantuan perlu lebih berusaha untuk berjaya sehingga tidak memerlukan lagi bantuan kerajaan.
“Ini supaya bantuan dapat diberikan kepada pihak lain yang memerlukan,” katanya ketika berucap melancarkan produk silinder komposit gas petroleum cecair (LPG) 14 kilogram jenama ACGAS, dikeluarkan Astana City Group Sdn Bhd (ACG) di sini, hari ini.
ACG adalah operator ketujuh terlibat dalam pemasaran LPG ke pasaran Malaysia dengan syarikat itu diberi subsidi pengendalian gas LPG oleh Kementerian Kewangan pada November 2018.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ