Kerajaan Sabah rai lawatan PM pada majlis makan malam

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah sempena lawatan kerjanya ke negeri ini bermula malam ini hingga esok.

Beliau tiba pada kira-kira jam 7.25 malam di Hotel Magellan Sutera, di sini, disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan Kabinet Sabah.

Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Yusof Apdal.

Esok, Perdana Menteri dijadual mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula jam 2.30 petang. – Info X