Kerugian lebih RM4.5 juta akibat macau, love dan parcel scam

[ad_1]

KUCHING, 23 Jan (Bernama) — Kes ‘Macau, Love dan Parcel Scam’ mengakibatkan kerugian lebih RM4.5 juta tahun lepas di daerah Padawan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu menerima 231 laporan kes tipu dan jumlah tangkapan seramai 36 orang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Merbin Lisa berkata modus operandi suspek bermula dengan membuat tawaran melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook dengan menawarkan duit atau keuntungan pelaburan serta meminta mangsa membayar wang melalui serahan wang tunai atau secara dalam talian sebelum menghilangkan diri.

“Kebanyakan mangsa adalah perempuan berumur antara 20 hingga 65 tahun dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media sempena perhimpunan bulanan IPD Padawan dekat sini, hari ini.
…..



[ad_2]