Oleh : Lea
KOTA KINABALU, 5 Feb – Kes baharu positif COVID-19 di Sabah meningkat kepada 1,205 kes hari ini iaitu peningkat sebanyak 296 kes berbanding semalam (909).
Menurut jurucakap COVID-19 merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun, empat daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Sandakan sebanyak 230 kes, Kota Kinabalu (213) dan Tuaran (113).
Peratusan kes baharu yang dikatakan berpunca daripada jangkitan sporadik menunjukkan kadar yang tinggi iaitu 43.7% (527) dan dikatakan akan terus meningkat dalam tempoh terdekat.
“Adalah dijangka jumlah kes harian akan terus melambung naik dalam tempoh terdekat.
“It will get worse before it gets better,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, satu lagi kluster baharu kategori kluster komuniti dilaporkan hari ini iaitu Kluster Kampung Weston, Beaufort dengan jumlah kes aktif sebanyak 27 kes.
Selanjutnya, sejumlah 1,198 daripada 1,205 kes hari ini adalah dalam kategori 1 dan 2, tiga kes adalah dari kategori 3 dan 5, manakala satu kes adalah kategori 4.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad