Kes baru Covid-19 kembali kepada angka lebih 2,000. Ini hari ada 2,154 kes

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 2,148 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan 367,977 jangkitan sehingga kini.

Ini adalah kali pertama jumlah jangkitan harian melebihi 2,000 kes sejak 5 Mac, dengan 2,154 kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 17,575 kes aktif dengan 212 dirawat di ICU dan 82 memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 2,129 melibatkan penularan tempatan, manakala 19 lagi merupakan kes import.

Sementara itu, Sarawak mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 512.

Ia diikuti Selangor dengan 459 kes, Kelantan (221), Sabah (202), Johor (182), Kuala Lumpur (171), Pulau Pinang (134), Terengganu (57), Melaka (53), Perak (51), Negeri Sembilan (34), Pahang (34), Kedah (26), Putrajaya (8), Labuan (3) dan Perlis (1).

Dalam pada itu, kes sembuh hari ini merekodkan sebanyak 1,259 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 349,039.

Manakala, 10 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah angka korban Covid-19 adalah 1,363.