Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,997 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,754,513.
Nilai R negara semakin meningkat dan berada pada 0.95 setakat semalam, manakala nilai R Kelantan pula ialah 1.01.
Nilai R adalah kebolehjangkitan satu kes positif kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Nilai R di bawah 1.00 menunjukkan wabak semakin reda, manakala nilai R di atas 1.00 menunjukkan jangkitan yang semakin mengganas.
Nilai R 1.00 menunjukkan wabak itu stabil – tidak berkembang atau mengecut.ADS
Seperi lazimnya, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (28 Dis) yang mencatatkan 2,897 kes baru adalah seperti berikut:
- Selangor (962)
- Kelantan (499)
- Johor (429)
- Pahang (308)
- Kedah (236)
- Kuala Lumpur (224)
- Terengganu (193)
- Sabah (192)
- Penang (178)
- Perak (173)
- Negeri Sembilan (118)
- Melaka (101)
- Sarawak (23)
- Putrajaya (22)
- Perlis (18)
- Labuan (7)

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ