Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 21,176 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan kini adalah sebanyak 1,940,950 kes.
Katanya, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,734 kes, iaitu hari keenam berturut-turut ia melepasi 3,000 kes.
Ia juga rekod tertinggi bagi Sarawak berbanding rekod terdahulu 3,714 kes yang dicatatkan pada 6 Sept lalu.
Ini disusuli Selangor (3,595), Johor (2,297), Sabah (2,246), Pulau Pinang (1,939), Kedah (1,808), Perak (1,366), Kelantan (1,254), Pahang (853), Terengganu (776), Melaka (485), Kuala Lumpur (467), Negeri Sembilan (252), Perlis (77), Putrajaya (21) dan Labuan (6)

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong