Kes Covid-19 naik lagi atas angka 8,000

Kementerian Kesihatan melaporkan 8,209 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 595,374 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,125 kes.

Ia disusuli Kuala Lumpur (801), Johor (752), Sarawak (594), Negeri Sembilan (576), Kelantan (414), Perak (384), Kedah (373), Melaka (322), Pulau Pinang (303), Sabah (203), Pahang (135), Terengganu (127), Labuan (62), Putrajaya (33) dan Perlis (5).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *