Kes Covid-19 semakin menurun

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 7,373 kes baharu Covid-19, setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,339,594 kes.

Hisham berkata, terdapat 10,959 kes pulih, menjadikan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 menjadi 2,195,669.

Terdapat 410 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 9 Okt , nilai RT Malaysia adalah sebanyak 0.86.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.10), diikuti oleh Putrajaya (nilai 1.03), serta Negeri Sembilan (nilai RT 1.02).

“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Labuan,” katanya.