Malaysia terus mencatatkan rekod jangkitan baru Covid-19 dengan 23,564 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang berakhir tengah hari tadi.
Angka itu hadir hanya sehari selepas rekod 22,948 kes yang dicatat semalam, bererti hampir 50,000 kes baru dicatatkan dalam tempoh 48 jam.
Hanya Melaka, Pahang, Terengganu, Labuan, Putrajaya dan Perlis yang mencatatkan kes baru dua atau tiga digit hari ini, sementara negeri lainnya mencatatkan kes empat digit.
Kes baru berdasarkan negeri:
Selangor – 6,974 (545,120)
WP Kuala Lumpur – 1,652 (162,302)
Johor – 1,323 (117,990)
Sabah – 2,738 (116,667)
Sarawak – 2,548 (94,564)
Negeri Sembilan – 608 (87,443)
Kedah – 1,932 (78,008)
Pulau Pinang – 1,523 (67,882)
Kelantan – 1,281 (63,514)
Perak – 1,248 (56,134)
Melaka – 610 (43,196)
Pahang – 517 (37,018)
Terengganu – 521 (27,131)
WP Labuan – 1 (9,760)
WP Putrajaya – 24 (5,040)
Perlis – 64 (1,255)

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ