Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_4.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349
February 26, 2024

Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_4.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349

Ketua ajaran sesat Kenya didakwa bunuh lebih 190 kanak-kanak

SEORANG ketua ajaran sesat dan puluhan pengikutnya berdepan dakwaan di mahkamah Kenya atas jenayah membunuh lebih 200 individu yang mana 191 daripada mangsa terdiri daripada kanak-kanak.
Paul Nthenge Mackenzie dan 29 suspek lain mengaku tidak bersalah atas dakwaan yang dikenakan pihak mahkamah di Malindi, bandar pesisir Kenya.
Seorang suspek didapati tidak sihat dari segi mental untuk dibicarakan.
Mayat kanak-kanak itu digali dari hutan Shakahola di timur Kenya tahun lalu di mana Mackenzie dan rakan-rakannya dituduh menjalankan upacara pengebumian mengikut fahaman mereka.
Pihak berkuasa menggali lebih 400 mayat dari hutan yang luas itu selepas usaha pencarian dilakukan selama berbulan-bulan.
Pihak pendakwa turut mendakwa Mackenzie atas beberapa pertuduhan lain termasuk keganasan, pembunuhan beramai-ramai dan kekejaman kanak-kanak.
Perbicaraan kes akan bermula pada 7 Mac depan.
Mackenzie, yang mengetuai sebuah gereja antarabangsa didakwa mengarahkan pengikut-pengikutnya agar mereka dan anak-anak mereka menahan diri daripada makan dan minum sehinggalah kematian menjemput mereka dalam usaha mengejar syurga.
Siasatan mendapati, keputusan bedah siasat menunjukkan kebanyakan mayat mati akibat kelaparan manakala yang lain mempunyai tanda-tanda trauma dan tercekik.
Bulan lalu, mahkamah mengancam untuk membebaskan Mackenzie jika pendakwa negeri tidak membawa pertuduhan terhadapnya.