TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini mengagihkan 157 lembu korban kepada masjid, surau, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Tuaran dan Tamparuli sempena sambutan Aidiladha, Isnin ini.
Penerima terdiri daripada 67 masjid dan surau, 18 jabatan negeri dan persekutuan, termasuk pasukan keselamatan, manakala sebanyak 17 NGO.
Antara penyumbang lembu korban pada kali ini ialah Sawit Kinabalu dan Sabah Energy Corporation.
Majlis pengagihan lembu korban diadakan di Pusat Kebudayaan Bajau Samah, Lok Batik, di sini. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad