Mulai besok daerah Kota Kinabalu, Putatan sama Penampang bukan lagi satu daerah .
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun bilang keputusan itu kena ambil pasal ada kesan kes Covid-19 makin meningkat di daerah ini.
“Jumlah kumulatif Covid-19 di tiga-tiga tempat ini hari sudah cecah 70 kes.
“Sebagai usaha untuk mengetatkan pergerakan yang tidak perlu, orang ramai tidak boleh lagi suka-suka limpas ini daerah kecuali diorang yang bekerja perkhidmatan penting dan keperluan makanan,” dia bilang dalam satu kenyataan ini hari.
“Mulai besok, polis akan buat pemeriksaan yang ketat termasuk di tiga-tiga daerah ini,” Masidi bilang.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ