[ad_1]
KOTA BHARU, 20 Feb (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan kadar penyusuan susu ibu eksklusif dalam kalangan bayi bawah umur enam bulan mencecah sebanyak 70 peratus menjelang 2025.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zaini Hussin berkata, mengikut data KKM hingga kini kadar penyusuan susu ibu eksklusif bagi bayi bawah umur enam bulan hanya 47.1 peratus.
Bagi mencapai sasaran itu dalam tempoh enam tahun dari sekarang, pelbagai usaha perlu ditingkatkan selain pihaknya bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan World Alliance of Breastfeeding Action (WABA) untuk memberi pendedahan mengenai amalan penyusuan susu ibu kepada masyarakat.
“Kita perlu mempertingkatkan usaha peranan semua pihak bukan sahaja ibu tetapi bapa serta masyarakat sekeliling, memandangkan kita tahu susu ibu adalah yang terbaik bagi perkembangan bayi,” katanya.
…..
[ad_2]

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ