Kumpulan WSG Lancar Menara B The Palm Condominium

Susan (4 dari kanan), Chen (5 dari kanan) dan yang lain menunjukkan isyrat `bagus’ di majlis pelancaran Menara B The Palm Condominium.

Oleh: Nio James

KINARUT: Kumpulan WSG melancarkan Menara B The Palm Condominium bersempena dengan Hari Kebangsaan pada Sabtu, 31 Ogos, 2019.

Pengarah Urusan Kumpulan WSG Datuk Susan Wong Siew Guen berkata menara kondominium baru itu mempunyai 17 tingkat dengan hanya lapan unit pada setiap aras.

“Setiap unit mempunyai kawasan seluas 1,180 kaki persegi  termasuk tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.”

Beliau berkata unit kondominium direka untuk memastikan pengudaraan yang baik di setiap bilik dan balkoni, serta koridor.

Selain itu, katanya bangunan itu akan dipasang dengan tiga buah lif serta ruang di setiap tingkat untuk sudut pemandangan.

Antara kemudahan di The Palm Condominium ialah gelanggang badminton dalaman, gimnasium, kolam renang, gelanggang bola keranjang, taman permainan, taman dan perkhidmatan keselamatan 24-jam.

Susan berkata demikian pada majlis pelancaran Menara B The Palm Condominium dan pertandingan mewarna bangunan itu, disini pada Sabtu lepas.

Pembeli yang membuat tempahan mereka pada tarikh itu (31 Ogos) akan menikmati diskaun 10 peratus.

Dari 6 ke kiri…Chen, Susan, Melissa dan yang lain bersama-sama memotong kuih bulan sempena perayaan kuih bulan yang akan datang pada majlis pelancaran Menara B The Palm Condominium

Susan berkata Kumpulan WSG telah menyiapkan Menara A, C dan D The Palm Condominium dan telahpun diduduki oleh penghuni.

Beliau berkata Pusat Komersial Palm Square juga sibuk dengan perniagaan, terutama Supermarket Golden Dragon City, G Mart Supermarket, Mr.DIY, KFC dan pelbagai restoran makanan.

Susan berkata pembangunan di perbandaran Kinarut yang berusia berabad lamanya telah berkembang pesat sejak kebelakangan ini, terutamanya dengan pelancaran KK Resort City yang merangkumi lebih dari 300 ekar di sepanjang pantai dan estet perumahan yang tumbuh seperti cendawan.

Malah, beliau berkata perumahan di River Park dan Rose Garden telah diduduki sepenuhnya, sambil menambah bahawa Tadika Kin Kiau dan SJK (C) Kin Kiau yang berdekatan telah menyaksikan kemasukan pelajar yang semakin meningkat.

Susan (5 dari kanan barisan atas) bergambar kenangan bersama para peserta petandingan mewarna

“Oleh itu, The Palm Condominium merupakan pelaburan yang berdaya maju dengan potensi untuk memperoleh pulangan yang besar.”

Acara itu dimeriahkan lagi dengan majlis memotong kek oleh Melissa Wong, yang hari jadinya jatuh pada 31 Ogos, serta upacara memotong kuih bulan oleh ibu Susan, Datin Seri Panglima Chen Si Mui.

Tamat.