Penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sandakan tidak perlu membayar sewa selama tiga bulan bermula Januari ini.
Menurut Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Wong Foo Tin, ia ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seiring dengan arahan yang dikeluarkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
“Pengecualian pembayaran bermula dari bulan Januari 2021 hingga Mac 2021 melibatkan PPR Mesra, Murni, Batu Sapi, Muhibbah, Sungai Manila, Gum-Gum, Harmoni dan Lintas Sibuga,” katanya.
Untuk rekod, sebuah PPR di Sandakan yang baharu siap iaitu PPR Batu Putih kini dijadikan sebagai Pusat Kuarantin COVID-19.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ