Larangan merokok: empat pengusaha premis makanan diberi notis

[ad_1]

KANGAR, 2 Jan (Bernama) — Jabatan Kesihatan Perlis mengeluarkan notis amaran kepada empat pengusaha kedai makan kerana gagal mempamerkan papan tanda larangan merokok di premis perniagaan mereka mengikut spesifikasi dalam Op rasi Larangan Merokok di bandar ini, hari ini.

Pengarahnya, Dr Sirajuddin Hashim berkata pengusaha kedai makanan berkenaan diberi tempoh selama enam bulan untuk mematuhi arahan yang berkuatkuasa mulai semalam.

Katanya semua pengusaha hendaklah mempamerkan papan notis berukuran 50cm x 40cm.

Operasi yang dilakukan bersama Unit Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di 20 premis menjual makanan mendapati tiada perokok dikesan melanggar peraturan baharu itu, kata Dr Sirajuddin kepada media selepas operasi berakhir.
…..



[ad_2]