LATIHAN OSTEX EAST 2019 MEDAN UJI KESIAPSIAGAAN DAN KEUPAYAAN ARMADA TIMUR.

SANDAKAN: Latihan Operational Sea Training Exercise (OSTEX) 2019 melibatkan aset Armada dan unit di bawah naungan Markas Pemerintahan Armada Timur telah dilaksanakan dengan jayanya. 
OSTEX East 2019 bermula pada Nov 21 hingga 26  telah dibahagikan kepada 2 fasa iaitu Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut. 

Fasa  Pelabuhan telah dilaksanakan di Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2), Pangkalan TLDM  Sandakan, manakala Fasa Laut telah dilaksanakan di perairan Laut Sulu dan Laut Sulawesi. 

Rentetan kejayaan pelaksanaan OSTEX East pada Tahun 2018 yang dianjurkan bersama Markas Armada Timur dan Markas Wilayah Laut 2 dijadikan sebagai panduan arah  bagi pelaksanaan OSTEX East 2019. 

Latihan ini  bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan, kecekapan profesionalisme warga dan aset Armada terlibat.

OSTEX East 2019 telah membuka tirai dengan rasmi pada Nov 21 dalam majlis perasmian yang diadakan di Tambatan Pangkalan TLDM Sandakan yang disempurnakan oleh Timbalan Panglima Armada Timur,  Laksamana Pertama Rusli Ahmad. 

Pelaksanaan Fasa Pelabuhan merangkumi Latihan Pertahanan Pangkalan yang melibatkan semua unit di Pangkalan TLDM Sandakan dan kapal-kapal yang merapat di Tambatan Pangkalan Sandakan (TPS).  

Dalam Fasa Laut pula, Elemen Tugas (Task Element) terdiri daripada 5 buah kapal iaitu KD KELANTAN, KD PAUS, KD PARI,KD YU, KD SRI GAYA, KD SRI PERLIS dan Pangkalan Laut TUN SHARIFAH RODZIAH dijadikan sebagai platform bagi beberapa siri latihan bermula dari Nov 23 hingga 26  di lautan. 

Bagi fasa ini, kapal yang terlibat telah diuji dengan beberapa siri latihan seperti melalui kawasan periuk api, ilmu kelautan, persenjataan, komunikasi dan taktik peperangan maritim bertujuan bagi menguji tahap kewaspadaan dan kesiapsiagaan kru menghadapi  sebarang situasi ancaman dan kecemasan ketika di lapangan.

Latihan ini juga bermatlamat menguji tahap ketahanan warga kapal melaksanakan latihan secara berterusan sehingga tiga hari tanpa henti dalam keadaan laut bergelora.

Latihan OSTEX East 2019 melabuhkan tirai secara rasmi pada Nov 26 di KD SRI TAWAU yang disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 2 ,  Laksamana Madya Dato’ Sabri Zali.

Beliau dalam ucapannya berkata, pelaksanaan latihan ini secara tidak langsung memberi impak positif kepada komuniti maritim sekitar Pantai Timur Sabah. 

Kehadiran kapal-kapal TLDM di perairan secara tidak langsung memberi gambaran kepada masyarakat awam bahawa matlamat utama latihan ini dilaksanakan adalah bagi memastikan keselamatan dan kesiapsiagaan warga serta aset di tahap tertinggi.

Komitmen ATM amnya dan TLDM khasnya adalah memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara, tambah Sabri. Kejayaan pelaksanaan Latihan OSTEX East 2019 ini membuktikan bahawa kesiapsiagaan aset-aset Armada TLDM khususnya yang berpangkalan di MPA Timur dan MAWILLA 2 memenuhi keperluan