Tuaran: Seramai 11 anggota daripada live-substation maintenance team Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Dunggun, Tuaran hari ini.
Pengerusi SESB, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, telah meninjau kemajuan pasukan ini dan diberi taklimat oleh Ketua Jurutera (Transmission Asset Maintenance, Primary), Ir. Ts. Mohammad Fauzi Awang sebelum melawat tapak kerja yang sedang dilakukan. Taklimat tersebut merangkumi aspek keselamatan, skop kerja, dan langkah-langkah teknikal yang diambil oleh pasukan bagi memastikan penyelenggaraan berjalan lancar tanpa mengganggu bekalan elektrik kepada pengguna.
Untuk makluman, pasukan penyelenggara talian hidup ini telah ditubuhkan sejak tahun 2022 dan sehingga hari ini telah berjaya melaksanakan lebih 300 kerja-kerja penyelenggaraan.
Pasukan ini terdiri daripada kakitangan tempatan yang terlatih dan berpengalaman dalam menangani pelbagai situasi yang memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi dan kepatuhan kepada standard keselamatan yang ketat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau turut menyatakan penghargaan beliau terhadap dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan ini.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad