KUALA LUMPUR: Lazada Malaysia mengambil langkah lagi untuk membantu lebih 70,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan bagi terus bertahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua dengan pakej rangsangannya, ‘Pakej Kedai 2.0’, bernilai RM44 juta.
Katanya inisiatif itu bertujuan untuk mengatasi masalah perniagaan dan memberikan penyelesaian yang cekap dengan subsidi dan pendedahan bonus untuk membantu PKS tempatan meningkatkan jualan mereka secara dalam talian.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Perniagaan Sherry Tan berkata dengan lebih satu daripada tiga rakyat Malaysia membeli-belah dalam aplikasi Lazada setiap bulan, platform ini dapat memanfaatkan asas penggunanya yang kukuh untuk membantu PKS tempatan menjalankan perniagaan semasa PKP, dan membolehkan mereka mengekalkan kestabilan pekerjaan untuk pekerja mereka.
“Bagi pakej rangsangan Pakej Kedai Pintar yang pertama dilancarkan semasa PKP tahun lepas, PKS tempatan di platform kami telah menjana jualan lebih dua kali ganda.
“Impak daripada inisiatif itu melebihi penggunaan digital jangka pendek, tetapi juga untuk pertumbuhan mampan jangka panjang, berikutan kami menggalakkan transformasi digital secara menyeluruh dalam kalangan usahawan, daripada meningkatkan kemahiran mereka dalam pembangunan kedai dan perhubungan pelanggan, hingga memberikan akses yang unik mengenai tarikh tata laku masa nyata, dan akhirnya meningkatkan penukaran,” katanya.
Lazada berkata Pakej Kedai Pintar 2.0 akan membantu mengurangkan sepenuhnya halangan kepada pendigitalan berikutan PKS dengan sedikit atau malah sifar pengalaman dalam e-dagang dengan mudah dapat mempelbagaikan aliran pendapatan mereka daripada kedai secara fizikal kepada klik tanpa menanggung sebarang kos modal tambahan.
Sementara itu, pengasas kedai D Mart Dylan Lee berkata beliau dapat menukar model perniagaannya dan memulakan kedai runcit untuk menjual produk segar secara dalam talian menggunakan Pakej Kedai Pintar Lazada semasa PKP yang lepas.
“Saya gembira dengan permintaan dalam talian yang semakin meningkat daripada pengguna Malaysia dan pakej rangsangan memudahkan saya menyesuaikan diri semasa pandemik ini.
“Walaupun ia baharu dan asing bagi saya, saya telah mendapat bimbingan melalui latihan yang komprehensif daripada Lazada University dan peranti e-dagang Lazada, yang membolehkan perniagaan saya berkembang,” kata Lee dan perniagaan dalam taliannya, menjual lebih 8,000 kilogram sayur-sayuran segar dalam tempoh sebulan semasa PKP tahun lepas.
Perniagaan boleh mendaftar untuk pakej rangsangan itu mulai sekarang hingga 28 Feb, 2021 di http://lzd.co/SellOnLazadaMY
Penjual baharu dan semasa yang mengambil bahagian di bawah pakej rangsangan Pakej Kedai Pintar 2.0 akan menikmati kadar komisen sifar peratus, pengecualian yuran pembayaran, sokongan pembangunan kedai khusus selama 90 hari, latihan Lazada University, kredit pengiklanan bersubsidi untuk Sponsored Search, slot pendedahan produk percuma di Lazada Flash Sale, dan banyak lagi.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ