TUARAN: Lebih 2,000 orang menghadiri Majlis Makan Malam dan Pesta Tarian Singa anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.170 Tuaran dengan kerjasama Persatuan Tarian Naga dan Singa Long Oi Shi Tuaran, yang berlangsung di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli, semalam.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, yang dalam ucapannya menekankan pentingnya perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama di daerah ini.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick, turut berucap dan memuji usaha gigih Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dalam memperjuangkan kebajikan rakyat Tuaran.
“Tuaran sangat beruntung kerana mempunyai Ahli Parlimen yang sentiasa bekerja keras untuk kesejahteraan rakyatnya.
“Kerja keras dan suara Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau di Dewan Rakyat telah membawa banyak isu penting berkaitan Tuaran ke perhatian peringkat Persekutuan, termasuk dalam mesyuarat Kabinet,” katanya.
Majlis turut dimeriahkan dengan upacara simbolik “buka mata singa” melibatkan 12 kepala singa yang mewakili 12 persatuan tempatan, diikuti persembahan tarian singa dan naga. Pelbagai persembahan lain seperti tarian menari dan nyanyian turut memeriahkan suasana.
Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, Senator Dewan Negara, Datuk Edward Linggu, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing, Pegawai Daerah Tuaran, Herman Tunggiging, ketua-ketua persatuan masyarakat Tiong Hua serta pemimpin masyarakat setempat.


More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ