LEBIH 2,000 PENGUNJUNG HADIRI MAJLIS KESYUKURAN DAN KRISMAS KIMANIS 2019

PENGHARGAAN….Shafie menerima cenderakenangan daripada Peter

Oleh: Nio James

KIMANIS: Lebih 2,000 orang pengunjung menghadiri Majlis Kesyukuran dan Sambutan Hari Krismas Peringkat Kimanis 2019 anjuran KDM Malaysia, bertempat di Kampung Kelatuan, Papar pada Sabtu.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal.

Ketibaan Shafie  disambut oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur, yang juga Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony.

Shafie, diringi Peter dan Loretto bersalaman dengan masyarakat Kimanis

Turut hadir Timbalabn Menteri Dalam Negeri, Datuk Aziz Jamman; Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan, Dr Daud Yusof; Adun Dilantik, Loreto S Padua Jr.

Berucap dimajlis itu, Shafie berkata, sambutan Hari Krismas merupakan sambutan yang amat meriah di Negeri Sabah.

“Ia kerana perayaan itu bukan hanya diraikan oleh umat Kristian malah turut diraikan bersama oleh kaum lain.

Suasana pengunjung yang hadir.

“Seperti juga Hari Raya dan perayaan lain yang disambut di negara ini, ia turut diraikan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Inilah keunikan yang terdapat di negara ini dan ia perlu terus dipelihara,” katanya.

Sementara itu, Shafie mengucapkan terima kasih kepada rakyat di Kampung Kelatuan, Papar dan juga Kimanis yang telah mengundi calon Parti Warisan dan  dalam pilihan raya lalu.

“Kita (Warisan) telah menang dua kerusi di Papar (DUN Pantai Manis dan Parlimen Papar) serta DUN Bongawan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan hari ini akan berusaha untuk membawa pembangunan di kedua-dua kawawsan itu bagi menghargai mandat yang diberikan rakyat.

Sementara itu, Peter, yang juga Naib Presiden Warisan menyeru rakyat untuk terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan sedia ada.

“Warisan adalah sebuah parti tempatan di Sabah, dipimpin oleh seorang Ketua Menteri yang serius untuk mempejuangkan kepentingan rakyat dan ia tahu apa yang diperlukan rakyat dan negeri ini,” katanya.

Persembahan Lagu-lagu Krismas oleh kumpulan koir

Beliau mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur khususnya KDM Malaysia diatas kejayaan menganjurkan Majlis Kesyukuran dan Sambutan Hari Krismas Peringkat Kimanis 2019.

Antara pengisian majlis itu ialah persembahan nyanyian oleh artis tempatan KDM terdiri Francis Landong, George Lian, Abu Bakar Ellah serta persembahan koir lagu-lagu krismas.