[ad_1]
Beliau berkata langkah itu perlu memandangkan usaha kerajaan terdahulu yang membelanjakan lebih RM8 bilion untuk menyediakan infrastruktur yang diperlukan tidak mencapai tahap sepatutnya dalam menyampaikan perkhidmatan itu.
“Perkara ini berlaku kerana banyak syarikat penyedia perkhidmatan yang dilantik sebelum ini tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik dan memuaskan.
Justeru, pada tahun ini kita tumpu untuk meningkatkan kemudahan asas supaya rakyat dapat menikmatinya pada tahap terbaik,” kata beliau pada sidang media selepas mendengar taklimat oleh ketua-ketua jabatan agensi di bawah KKMM Perlis di Jabatan Penyiaran Malaysia Perlis di sini, hari ini.
Eddin Syazlee berkata oleh kerana masih banyak kawasan tidak menerima kemudahan internet yang memuaskan, maka meningkatkan mutu perkhidmatan itu di kawasan berkenaan menjadi keutamaan berbanding menyediakan kemudahan 4G atau 5G yang lebih canggih.
“Kerajaan juga belum membuat keputusan untuk menambah Pusat Internet kerana ada baik dan buruknya memandangkan ada kawasan langsung tidak mempunyai perkhidmatan itu dan perlu diberi tumpuan,” katanya.
Beliau memberi contoh kawasan Pos Betau sehingga Sungai Koyan di Cameron Highlands, Pahang langsung tidak mempunyai perkhidmatan internet.
Menurut Eddin Syazlee keutamaan kerajaan sekarang ialah memberi perkhidmatan internet berkelajuan tinggi yang berkualiti pada kos yang murah.
Pemasangan fiber optik adalah pilihan terbaik kerana lebih murah dan mudah dipasang berbanding menggunakan satelit, katanya.
Dalam pada itu beliau meminta agensi di bawah KKMM meningkatkan koordinasi supaya dapat menyampaikan misi dan visi kerajaan kepada rakyat dengan lebih jelas dan tepat di samping memberi perkhidmatan terbaik.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Walkabout sempena Tahun Baharu Cina di Tuaran
Skandal rasuah Sabah : 18 ADUN dirakam keterangan, kertas siasatan siap hujung bulan ini – SPRM
Pemandu lori ditahan ubah suai tangki minyak