TAWAU: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun menggunakan senjata di sekitar daerah ini, baru-baru ini.
Suspek berusia 31 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di Jalan Baru, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa yang berseorangan didatangi oleh suspek dan diugut menggunakan senjata tajam.
Katanya, suspek kemudian memaksa mangsa untuk menyerahkan barang-barang berharga milik mangsa.

“Bimbang keselamatan diri, mangsa menyerahkan wang dan telefon bimbit kepada suspek. Selepas kejadian itu mangsa kemudian membuat laporan polis.
“Susulan kejadian dan laporan dibuat oleh mangsa, pasukan polis berjaya menahan suspek,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap suspek, polis turut merampas sebilah pisau beserta sarung dan telefon bimbit milik suspek turut dirampas untuk siasatan lanjut.
“Semakan rekod jenayah lampau didapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah mencederakan, mencuri, narkotik dan judi.
“Siasatan masih diteruskan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ