Lelaki cedera kereta terbabas masuk parit. Kejadian di Penampang

Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan jatuh ke dalam longkang di Kampung Terawi, di Penampang kelmarin.

Menurut Utusan Borneo, kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.24 malam.

“Sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda telah terjunam masuk ke dalam longkang,” katanya.

Katanya, mangsa yang berumur 57 tahun itu telah keluar sendiri dari kenderaannya dan didapati mengalami kecederaan.

“Pasukan bomba bertindak memberikan rawatan awal sebelum mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya.

“Operasi berjaya ditamatkan pada jam 11.53 malam selepas keadaan lokasi kemalangan selamat digunakan oleh pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *