KOTA MARUDU: Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya manakala anak saudaranya terselamat ketika mandi-manda di sungai Kampung Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba, Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.07 petang.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Menurut maklumat awal dari pemanggil, terdapat dua mangsa melakukan aktiviti mandi manda di sungai berkenaan.
“Seorang mangsa remaja berusia 17 tahun selamat manakala seorang lagi berusia 35 tahun dikhuatiri dibaham buaya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut, pasukan operasi sedang melakukan pencarian di Lokasi kejadian.
“Setakat ini mangsa belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – Info X

More Stories
596 calon tanding PRN Sabah, bakal rebut 73 kerusi DUN
Program Living Lab UMS Tingkatkan Keupayaan Komuniti Tempasuk
UMS perkasa reformasi governan melalui kualiti dan inovasi