Seorang remaja lelaki berumur 14 tahun diliwat seorang pembantu kedai dipercayai warga Pakistan di sebuah kedai runcit di Pekan Telipok di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.25 pagi 5 Mac lalu semasa mangsa ingin membeli barang keperluan di kedai terbabit.
“Hasil siasatan mendapati mangsa yang sudah selesai mengambil air minuman pergi ke kaunter untuk membayar sebelum disapa oleh suspek yang berumur 20 tahun.
“Suspek kemudiannya mengajak mangsa berbual sebelum membawa mangsa masuk ke bahagian kaunter lalu meminta mangsa memegang kemaluannya.
“Suspek yang takut dicederakan oleh mangsa segera membuka seluar mangsa sebelum meliwat mangsa,” katanya.
Menurutnya sebaik selesai suspek kemudian mengarahkan mangsa memakai semula seluarnya.
“Suspek kemudian memberikan minuman dan wang sebanyak RM5 sebagai ganjaran. Mangsa kemudian pulang ke rumahnya.
“Sebaik tina di rumahnya, mangsa menceritakan kejadian kepada ahli keluarganya sebelum mereka membuat laporan polis pada 8 Mac,” katanya.
Habibi bertindak dengan kejadian, suspek berjaya ditahan pada jam 11.17 pagi 9 Mac lalu dan kini direman untuk siasatan lanjut.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana kesalahan meliwat. -Utusan Borneo

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ