KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan dibawa arus sungai di Jalan Pan Borneo, Kampung Mansiang, Manggatal, di sini, hari ini.
Mangsa Jamahari Awan, 52, yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.30 petang.
Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan Toyota Hilux yang disyaki terbabas dan dibawa arus sungai ketika hujan lebat.
“Terdapat seorang mangsa ditemui 300 meter dari lokasi kenderaan oleh pasukan bomba dan diangkat menggunakan strecher.
“Mangsa yang disahkan meninggal dunia kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian menjalanakn pemeriksaan dan surface rescue 500 meter dari kenderaan untuk mengesahkan tiada lagi mangsa lain terbabit.
“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 5.15 petang,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ