KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki meninggal dunia apabila kenderaan Toyota Vios melanggar tiang Telekom dan papan tanda berhampiran bulatan Jalan Pintas Kampung Kopungit tengah malam Rabu.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan berkenaan kes pada jam 12.26 pagi.
Sepasukan 13 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu tiba ke lokasi dalam masa kurang dari empat minit.
“Mangsa berusia 27 tahun berjaya dikeluarkan oleh menggunakan peralatan khas.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” kata seorang jurucakap.
Setelah memastikan keadaan selamat, operasi kemudian ditamatkan pada jam 1.20 pagi.-SABAH NEWS
More Stories
Sambutan Hari Malaysia di Tugu Peringatan Pekan Inanam penuh dengan pengisian patriotik
Persiapan Hari Malaysia 2024 berjalan lancar
MUIS serah sumbangan kepada Masjid Daerah Tungku