TAWAU: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kunak – Tawau, di sini, hari ini.
Mangsa berusia 31 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Aruz disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan membabitkan empat kenderaan pada jam 12.54 tengah hari.
“Sebaik tiba di lokasi, kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu lori lima tan, Mitsubishi Triton, Toyota Hilux dan Perodua Aruz.
“Pemandu Perodua Aruz disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 2.42 petang,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ