SEMPORNA: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam sebuah rumah di Taman Emas, di sini, petang tadi.
Mangsa Rony Chan Chau Miau, 47, ditemui anggota bomba selepas berjaya membuka pintu rumah berkenaan yang terkunci.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Nazir Korong tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan bantuan membuka pintu rumah terkunci, jam 4.13 petang.
Katanya, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bertindak memotong kunci mangga dengan menggunakan peralatan khas.
“Terdapat seorang mangsa lelaki tidak sedarkan diri di dalam bilik dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, operasi tamat pada jam 6.08 petang. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ