Lelaki rogol wanita OKU, kejadian di Beaufort

Seorang lelaki berusia 56 tahun di Kampung Banting Meraba, di sini, di tahan polis kelmarin, selepas dipercayai merogol seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU).

Kejadian terbongkar selepas mangsa berusia 24 tahun itu mendedahkan perbuatan suspek terbabit kepada ibunya yang kemudiannya membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, hasil siasatan awal, mangsa menyatakan kejadian berlaku sekurang-kurangnya lima kali sebelum ini dan terbaru didakwa pada 17 Mei lalu.

Katanya, suspek turut didakwa memberi amaran akan memarahi mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa saja.

“Menurut keterangan mangsa memberitahu, suspek juga pernah mencabulnya beberapa kali sebelum ini.

“Mangsa akan dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk membantu siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Yusoff Zaki berkata, mangsa adalah seorang OKU yang mengalami masalah pertuturan dan sukar menerangkan kejadian yang berlaku terhadapnya.

Katanya, suspek berjaya ditahan Rabu lalu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – Asia Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *