PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing disyaki pengedar ditahan bersama dadah jenis syabu dalam operasi di daerah ini, semalam.
Suspek berusia 33 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, kira-kira jam 4 petang.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah ini.
“Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui satu peket lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Methamphetamine (syabu) seberat 5.49 gram dalam simpanan suspek.
“Nilai dadah syabu yang dirampas dianggarkan berjumlah RM850,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut.
“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Sehubungan itu, Sammy menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat jenayah atau dadah supaya boleh berhubung lanjut di balai polis yang berhampiran. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ