Penglibatan kerajaan Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan persetujuan dan sokongan sebelum Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekuuan (Pindaan) 2021 dilaksanakan merupakan satu langkah yang wajar.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) berkata, ia merupakan contoh pendekatan yang terbaik sekiranya satu-satu Pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang dibuat melibatkan hak-hak Sabah dan Sarawak.
“Bukan seperti cara pindaan terhadap Artikel 1(2) pada 1976 dan juga pindaan pada tahun 1994 dimana RUU Pindaan telah membentangkan RUU tersebut tanpa persetujuan Kerajaan Sabah dan Sarawak. Kini status Artikel 122 itu masih dipertikaikan ke sahihannya.
“Tuaran mengucapkan tahniah kepada YB Menteri yang terlibat kerana telah membuat engagement dengan Kerajaan Sabah dan Sarawak seterusnya membentangkan di Dewan Yang Mulia ini,” katanya.
Madius berkata demikian dalam ucapan perbahasan bagi RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2021 di Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Menurutnya, pindaan itu mungkin tidak sempurna, namun diperlukan dan baik sebagai satu permulaan.
“Kalau pindaan ini tidak mencapai matlamat equal-partner itu maka kita kaji balik dan ambil langkah seterusnya sehinggalah matlamat itu tercapai.
“Tuaran juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengulangi beberapa cadangan dan permintaan yang sudah berkali-kali dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini iaitu meminta Kerajaan supaya mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak agar kedua-dua Yang DiPertua Negeri Sabah berhak melantik Judicial Commissioner sepertimana dalam sebutan asal Artikel 122 Perlembagaan Persekutuan.
“Selain itu, Tuaran juga meminta Kerajaan supaya mempertimbangkan untuk melaksanakan devolution of power ataupun to decentralize governance involving all the states in this country.
“Harus disedari bahawa overcentralization of power and governance from Putrajaya tidak lah sihat malah merugikan rakyat dan negara ini,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ