Lima Laporan Polis Mengenai Komen FB Terhadap TKM

Kepimpinan UPKO Tuaran setelah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran pagi kelmarin. Turut bersama ialah Ketua Daerah Tamparuli OKK Johnny Tanggar (5 dari kanan) dan Ketua Daerah Kiulu OKK Daukim Gilu (6 dari kanan).

Oleh Janecarr Yado

TUARAN: Lima laporan polis dibuat oleh UPKO mengenai komen di facebook terhadap Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Laporan polis tersebut telah dibuat oleh Upko Bahagian Tuaran, Sepanggar, Pensiangan dan Beluran serta Pergerakan Exco Komulakan Upko Pusat kelmarin.

Menurut Ketua Penerangan Pegerakan Pemuda Upko Tuaran, Joel Jeffry salah satu pelapor, pada 2 Disember 2019 beliau menerima satu kiriman melalui kumpulan aplikasi Whatsappnya.

Joel berkata kiriman itu menunjukkan satu akaun facebook bernama Colen Fabian memuatnaik komen berunsur kesat dan mencarut terhadap Madius di status facebook milik Felix Joseph Saang.

Joel yang mewakili kepimpinan Upko Tuaran berkata laporan polis itu dibuat agar pemilik akaun tersebut disiasat dan dibawa ke muka pengadilan bagi hukuman yang setimpalnya sama ada mengikut adat mahu pun undang – undang Sivil.