LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sebuah lori tangki selepas dikesan membawa 12 tan minyak sawit mentah (CPO) tanpa kebenaran di kawasan Jalan Segama, di sini, Khamis lalu.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, pihaknya mengesan sebuah lori tangki sarat dengan muatan dalam keadaan mecurigakan, kira-kira jam 5.30 petang.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaa membawa muatan CPO dengan anggaran sebanyak 12 tan tanpa kebenaran.
“Pasukan PPM terus merampas lori beserta muatan CPO untuk siasatan lanjut dan anggar keseluruhan rampasan bernilai RM504,000.
“Pemandu lori terbabit ditahan dan kes disiasat mengikut Peraturan-Peratuan Lembaga Minyak Sawit Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Nazri berkata, PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad