Setiap yang hidup pasti akan berakhir dengan kematian. Namun saat dan waktunya itu tidak seorang pun yang tahu.
Namun yang pasti amalan dan jasa sepanjang hidup akan menjadi ingatan selamanya.
Kelmarin, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau telah memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Martin Kantu di Kampung Madang, Topokon.

Mendiang meninggal dunia kerana diserang penyakit stroke.
Pada kunjungan itu, Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan waris mendiang.
Madius turut menyampaikan sumbangan wang ringgit dan beras untuk meringankan bebanan urusan keluarga.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ