MADIUS BERI SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MENDIANG GUNSIONG

KIULU: Nasib keluarga mendiang Gunsiong Gombiu mendapat perhatian Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Beliau menyalurkan bantuan dan menzahirkan ucapan takziah atas tragedi yang berlaku ke atas arwah.

Mendiang meninggal dunia dipercayai akibat dihanyutkan arus deras semasa menjala ikan di Sungai Tombongon.

Penyampaian sumbangan diwakili saudara Jonius kepada anak mendiang, Soili Gunsiong, di sini kelmarin.

Untuk rekod, Madius kini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri Persidangan Parlimen Dewan Rakyat. -https://beritasabah.com/