MADIUS BERSYUKUR MASALAH AIR SELESAI

Oleh Wartawan BS
13 Februari 2020

KOTA KINABALU: Ahli parlimen Tuaran yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bersyukur kerana masalah bekalan air yang melanda Taman Sri Rugading di Telipok, baru-baru ini, akhirnya selesai.

“Sebentar tadi saya singgah di Taman Sri Rugading dalam perjalanan ke Kampung Pahu. Syukur bekalan air sudah stabil. Tidak perlu lagi tunggu sehingga tangki penuh. Hasil kerjasama semua pihak yang terlibat,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Sebelum ini, permasalahan penduduk di Taman Sri Rugading itu turut mendapat perhatian Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

beliau ketika lawatannya di kawasan perumahan itu turut meminta supaya Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk menangani masalah itu dalam tempoh seminggu.

Beberapa hari selepas itu, Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI) kemudian mengumumkan akan membina tangki penyimpanan air berkapisiti 900 juta liter bagi menampung keperluan bekalan air penduduk di situ.

Menterinya, Datuk Peter Anthony berkata, pembinaan tangki berkenaan akan dilaksanakan segera bagi memastikan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di situ sejak akhir-akhir ini selesai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *