Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Madius Tangau membidas kenyataan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang berkaitan rasuah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, rasuah tidak pernah mengenal bentuk rupa seseorang.
“Ini kerana perbuatan rasuah dibuat oleh individu tanpa mengira bangsa dan agama. Faktanya rasuah tidak pandai memilih kaum mahupun agama baru lah terjadinya rasuah.
“Jangan suka-suka membuat kenyataan yang memporak-porandakan keharmonian kaum dan agama di Malaysia.
“Saya sebagai rakyat Malaysia dilahirkan di Sabah yang mempunyai pelbagai kaum dan agama menyelar kenyataan Presiden PAS,” katanya dalam perkongsian melalui Facebooknya.
Madius berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden PAS baru-baru ini yang mendakwa bahawa golongan bukan Islam dan bukan bumiputera kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara. – Nabalu News

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius