LIBARAN: Kehadiran bersama Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Madius Tangau dan Naib Presiden Datuk Ewon Benedick di mesyuarat agung tritahunan UPKO Libaran menyerlahkan semangat kekeluargaan parti tersebut.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat agung tersebut ialah Timbalan Presiden Datuk Donald Mojuntin.

Dari kiri ke kanan: Carl, Ewon, Madius, Peter, Donald dan para pemimpin lain.
Ketiga-tiga pemimpin tertinggi UPKO tersebut menyampaikan ucapan menggesa ahli-ahli parti di Bahagian tersebut memperkasakan perjuangan meneraju isu-isu rakyat.
UPKO Libaran merupakan Bahagian yang ke-19 mengadakan mesyuarat agung daripada 24 Bahagian di seluruh Sabah.
Parti UPKO akan mengadakan kongres parti pada tahun ini selepas semua Bahagian selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing.
Di sebalik spekulasi berlakunya pemilihan parti melibatkan jawatan Presiden, Madius dan Ewon mengadakan kunjungan bersama di Libaran menemui pimpinan dan ahli-ahli parti. – Nabalu News

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius