Madius memohon pelaksanaan dasar tiada peperiksaan awam di IPTA/IPTS dan IPG pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad

KOTA KINABALU, 21 Mac — Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) meminta Kementerian Pengajian Tinggi untuk melaksanakan dasar tiada peperiksaan awam di Institusi Pendidikan Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Menurutnya, beliau telah menerima aduan daripada para mahasiswa dan mahasiswi yang berasa terganggu dengan pelaksanaan peperiksaan yang diadakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Mereka merasa terganggu kerana atas tuntutan “kepatuhan kepada Tuhan” mereka perlu mengerjakan ibadat demi kesempurnaan kerohanian mereka, namun pihak universiti dan kolej telah bertindak menjadualkan peperiksaan pada ketika itu,” jelas Madius dalam sebuah kenyataan hari ini.

Berikutan dari itu, beliau telah menghantar soalan lisan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Noraini Ahmad, yang menyentuh perkara tersebut semasa perbahasan keatas Usul Menjunjung Kasih keatas Titah Ucapan di Raja.

Bagaimanapun soalan lisan tersebut hanya menerima jawapan secara bertulis daripada Kementerian kerana telah disenaraikan pada nombor 18 dan tidak sempat dibawa secara lisan.

Dalam jawapan tersebut, Kementerian menyatakan bahawa perbincangan sedang diadakan secara terperinci bersama pihak bertanggungjawab mengenai isu tersebut.

“Kementerian kini sedang mengadakan perbincangan terperinci bersama pihak IPT yang terlibat dalam perkara tersebut agar para pelajar dapat menduduki peperiksaan dengan sela masa yang bersesuaian antara kertas peperiksaan bagi memastikan kualiti dan prestasi pelajar sewaktu menduduki peperiksaan tidak terganggu,”