MADIUS PUAS HATI PROSES PENGUNDIAN

TUARAN: Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung bermula jam 8 pagi tadi.

“Saya berpuas hati, semuanya mengikut SOP (prosedur operasi standard) dari mengambil nombor hinggalah membuang undi,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, Madius yang juga presiden Upko selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens di Kiulu kira-kira jam 10.10 pagi tadi.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *