TAMPARULI: Sebanyak 820 kilogram beras diagihkan Ahli Parlimen P170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau kepada beberapa badan keagamaan, di sini, hari ini.
Ia merangkumi Seventh-Day Adventist (SDA) Mission Tamparuli Sabah, Masjid Al-Hidayah Pekan Kiulu, San Damiano Convent Kiulu dan La Foresta of Franciscan Hermitage.

“Langkah ini telah kita ambil melalui Biro Agama Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tuaran.
“Saya berharap bantuan beras ini serba sedikit dapat membantu meringankan beban kepada mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” kata Madius.
Beliau yang juga Presiden UPKO berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan sumbangan tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Masjid Al-Hidayah Kiulu, Toisin Selamat berkata ketika, beliau sangat menghargai sumbangan beras yang diberikan.

“Saya bagi pihak bagi pihak Ahli Jawatankuasa Masjid ingin mengucapkan setinggi-tinggk terima kasih kepada Datuk Seri Madius dan mendoakan agar usaha ini diberkati Allah SWT,” katanya.
Biarawati La Foresta, Joan Michael turut senada dengan Toisin dan menyifatkan bantuan tersebut menunjukkan pemimpin rakyat sentiasa perihatin dengan badan-badan keagamaan.
“Kami sangat gembira kerana Ahli Parlimen sudi mengunjungi kami di sini dengan membawa sekali sumbangan-sumbangan ini. Kami sangat menghargai apa yang telah diberikan,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Politiknya Joisin Romut, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kiulu, Suali Sikir dan Kapitan George Teo./http://beritasabah.com

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ