Pandemik Covid-19 yang melanda negara menyebabkan rakyat berdepan dengan pelbagai cabaran dan kesusahan.
Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa juga menyebabkan ada masyarakat yang hilang punca pendapatan kerana tidak dapat bekerja.
Pelbagai usaha juga telah diadakan bagi membantu golongan yang terjejas agar mendapat sekurang-kurangnya sumber bekalan asas makanan harian.
Atas kepihatinan ini, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyampaikan 63 kampit beras kepada penduduk Kampung Gayang Tuaran pada Jumaat lalu.
Kesemua pek beras 10 kilogram itu disampaikan kepada wakil penduduk untuk diagihkan kepada yang terkesan akibat pademik Covid-19.
Semoga pandemik ini cepat berlalu, agar segalanya kembali pulih seperti sediakala.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ