Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau terus mengadakan pelayanan rakyat tanpa mengira masa dan tempat.
Sebelum menunaikan rutin berbakti di gereja St. Philip Tamparuli hari ini, Madius singgah ke Kampung Tambalugu selepas mendapat perkhabaran terhadap kesusahan yang dialami oleh sebuah keluarga.
Keluarga ini sedang bersedih atas pemergian seorang insan yang dikasihi. Mendiang Simon @ Setia Sugara, berumur 84 tahun dan mantan ketua kampung.

Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hadir bagi memberi penghormatan terakhir serta menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan waris mendiang.
Beliau turut menyatakan dukacita dan menyalurkan sumbangan ikhlas untuk meringankan beban.
Ahli keluarga menyatakan rasa terima kasih atas keprihatinan dan keikhlasan Madius berkunjung dikala mereka dalam kesedihan dan sangat memerlukan sokongan.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad