[ad_1]
PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) oleh Peguam Negara Tommy Thomas untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap seorang peguam yang didakwa telah mengkritik prosiding dan keputusan satu kes mahkamah.
Hakim Tan Sri Ramly Ali, yang mempengerusikan sidang panel tiga hakim, membenarkan Thomas untuk memulakan prosiding terhadap peguam Arunachalam Kasi, yang dalam dua artikel yang disiarkan portal dalam talian, Aliran, didakwa telah membuat kritikan berkaitan afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Abdul Hamid Abu Backer mengenai dakwaan salah laku hakim.
Mahkamah menetapkan 13 Mac untuk mendengar penghujahan oleh kedua-dua belah pihak (pemohon dan responden).
…..
[ad_2]
More Stories
Madius gesa Kementerian Perpaduan jadikan MA63 sebagai asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu
Suara kebencian berbaur agama, ramai rakyat Sabah, Sarawak kesal membentuk negara Persekutuan Malaysia: Madius
Mesyuarat Jentera Pilihanraya UPKO N2 Bengkoka Fokus Persiapan Hadapi PRN17