KOTA KINABALU: Petisyen pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau yang difailkan calon Barisan Nasional, Datuk Jumat Idris pada 20hb Oktober lalu ditolak Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu hari ini.
Dalam petisyen itu Jumat mencabar kemenangan yang diperoleh calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Azhar Matussin dengan majoriti 562 undi.
Jumat menamakan Azhar sebagai responden pertama, pegawai pengurus pilihan raya DUN Sabah sebagai responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga.

Hakim Azahari Kamal Ramli membuat keputusan menolak petisyen tersebut dan menerima bantahan awal dikemukakan peguam responden pertama dan peguam responden kedua dan ketiga.
Ia susulan petisyen yang dikemukakan didapati mempunyai beberapa kelemahan dan pengingkaran dengan peraturan petisyen pilihan raya.
Hakim tersebut seterusnya mengumumkan bahawa Azhar sebagai calon yang dilapor pilih dan dipilih sewajarnya.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius